Wednesday 23 May 2012

impian

dalam kesunyian malam . sedang orang lain dalam lena yang indah . aku masih segar melayan mata yang masih belum mahu lena . 
wahai mata yang masih sudi melayan fikiran ku yang telah terbang entah kemana bersama perasaan ku yang sedang berkecamuk hebat .
aku masih termangu-mangu seorang diri di dalam bilik yang hanya diterangi cahaya lampu laptop . *lampu laptop ? argh, lantaklah !!

malam  ini aku teringin bercerita mengenai impian ku . aku pasti orang lain mempunyai impian mereka yang tersendiri .
dari zaman kanak-kanak lagi aku sudah memasang impian aku sendiri . biasa la bila zaman kanak-kanak ni, macam-macam impian yang kita ada kan . pernah sekali aku mempunyai impian untuk menjadi seorang penyanyi . hahaha ! mungkin sewaktu aku masih bersekolah rendah , aku telah didedahkan dengan hiburan . bayangkanlah bila kat rumah ada set karaoke, apa lagi kalau boleh sepanjang masa la nak berkaraoke kan . tapi impian tu hanyalah sementara . tak ke mana pun impian tu .

 bila dah besar sikit aku mempunyai impian yang lebih besar . jangan tak percaya pulak yang aku pernah mempunyai impian nak jadi seorang angkasawan tao . korang semua tahu tak sebab apa ?! . hehehe *ketawa malu-malu . aku nak jadi angkasawan sebab aku nak ikut jejak langkah angkasawan pertama negara kita Dr. Sheikh Muszaphar Shukor . korang tao tak aku admire gile kat beliau ni . dah la doktor, bila dah doktor tu sah-sah la orangnye pun educated, model, suka aktiviti lasak *macam aku le tu * hehehe , yang paling penting hensem pulak tu . *melting (^!^) . adoyai, sebab tu la aku pon nak menjadi seorang angkasawan tapi angkasawan wanita pertama la pulak kan . disebabkan impian aku tersangat la besar, aku pun memulakan langkah pertama dengan menyimpan semua yang berkaitan dengan Dr.SMS tu . kalau dalam surat khabar ada berita pasal beliau, aku lah orang pertama yang akan baca dan aku  kerat keratan mengenai beliau tu dan aku kumpul bersama dengan gambar beliau . dah macam jadi satu hobi pulak kumpul maklumat pasal beliau . admire punya pasal . sampai family dan kenalan rapat aku turut sama tolong aku dengan hobi baru aku tu . aku jadikan beliau sebagai inspirasi aku ketika aku belajar sebab waktu tu aku memang nak sangat mengikuti jejak langkah beliau tapi lama-kelamaan impian aku tu semakin lama semakin pudar bila aku terlalu terikut dengan dunia remaja . hah! jangan ingat yang aku buat perkara yang bukan-bukan ye . hei, aku tak buat perkara yang tak senonoh tao . dalam penguasaan dunia remaja, aku masih tahu mana yang baik dan yang sebaliknya . alhamdullilah . cuma keputusan peperiksaan aku yang membuatkan impian besar aku tu makin lama makin pudar dan hilang macam tu je . 



 abang SMS ku  hehehehe ~ ~

bila dah besar sikit, impian aku bertukar pulak untuk memiliki dan menguasai alat muzik . mungkin sebab aku suka mendengar muzik kot . bagi  aku muzik bagaikan satu roh yang mampu membawa kita kepada bermacam-macam perasaan . contohnye bila dengar muzik berentak perlahan atau balada, kita akan berasa tenang dan turut sama terikut dengan emosi yang dsampaikan oleh muzik tersebut . bila dengar lagu rancak pulak, korang akan berasa ceria dan teringin untuk menari mengikut muzik tersebut . mesti korang pernah rasa macam tu kan . aku pernah share pasal impian aku yang satu ni kat post aku yang terdahulu . kalau rajin dan teringin nak tao, bolehlah korang selongkar balik post terdahulu .

sehingga lah saat ini tiba-tiba datang satu lagi impian yang boleh dikatakan impian gila bagi aku . hahahaha !. ye lah mana tak gila nye , impian nak berkahwin dalam usia yang muda . kalau mama tao ni , sah-sah beliau akan cakap aku ni gatal nak bernikah .hohohoho . masalahnye calon suami pon takde , dah tu macam mana nak kahwin . hish, dah makin melalut dah aku ni . sampai ke situ pulak . ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan ALLAH S.W.T . Dia telah mengaturkan segalanya bagi setiap makhlukNya . kita hanya mampu merancang,berdoa dan berusaha,Dia yang menentukan segalanya .  macam impian-impian aku, mungkin ada yang tercapai atau mungkin tidak kan . siapa tahu??


No comments:

Post a Comment